Ahad, 22 Februari 2009

Apa Yang Perlu Kita Lakukan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua teman sekelian,

Hari ini kita mendapat berita, syarikat A telah membuang RATUSAN pekerja. Keesokan harinya, syarikat B pula membuang RIBUAN pekerja. Hari lusanya, syarikat C membuang PULUHAN RIBU pekerja - semua peringkat terlibat... dan begitulah seterusnya...setiap hari..

Giliran kita bagaimana pula? Bila? Adakah aku juga akan menjadi mangsa pembuangan pekerja? Adakah aku juga akan dizalimi? Oh TIDAK!!! Tapi, kalau aku terkena juga, apakah yang aku harus perbuat untuk menyambung kehidupanku...terutama sekali bagaimana aku hendak memberi saraan kepada ahli-ahli keluarga tersayang dengan berterusan?? Sedangkan hanya pekerjaan ini sahaja yang menjadi kepunyaanku.

Aku tidak mempunya sebarang perniagaan. Berniaga pasar malam pun aku tak pernah. Jual pisang goreng? Nasi lemak? Ahhh!!! Senang tu...tapi...bagaimana kalau semua ribuan orang yang kehilangan kerja tadi berfikir & membuat perkara yang sama...semua berpakat-pakat jual nasi lemak. Siapa yang mahu menjadi pembeli? Apa akan berlaku SISTEM BARTER yang pernah aku pelajari zaman sekolah kebangsaan dahulu?? Jadi aku mahu BIKIN APA??

Jadi teman-teman sekelian, mari sama-sama kita bincang masalah ini semoga semua mendapat manfaat...

TULISKAN KOMENTAR ANDA

Wassalam